~Bayi 5 Bulan Meninggal Dunia Di Taska Putrajaya~

ptg00932499
Sejukkan hati dengan tgk gambar budak comel ni dulu!! hahaha

Risau memanglah risau..kat putrajaya kan..jom baca!

Kejadian berlaku di Putrajaya. Mangsa yang bernama Mohd Danish Rayqal ditemui meninggal dunia oleh pengasuhnya di sebuah taska.

Pengasuh tersebut mendapati bayi tersebut sudah tidak bernyawa ketika hendak memandikannya pada kira-kira jam 3 petang.

Bapa bayi yang malang itu, Ismail Ramli, 28 berkata beliau bergegas ke Hospital Putrajaya sebaik sahaja dimaklumkan oleh pengasuh.

Apabila sampai ke hospital, bayi Ismail Ramli telah disahkan meninggal dunia. Lalu, beliau membuat laporan polis kerana meragui punca kematian anaknya yang sihat semasa dihantar ke taska pada pagi hari kejadian.

Menurut, Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Abdul Razak Abdul Majid, pihak polis akan menjalankan siasatan.

Semoga keluarga mangsa bersabar dengan apa yang berlaku, kerana setiap kejadian, telah ditetapkan oleh Allah SWT.

Bagi ibu bapa yang menghadapi kematian anaknya yang masih kecil, dia bakal menunggu ibu bapanya di pintu syurga, asalkan ibu bapanya bersabar dan redha.

Mari kita hadiahkan Al-Fatihah kepada bayi Mohd Danish Rayqal.

Mendengar kes sebegini, pasti merisaukan ibu bapa yang terpaksa menghantar anak-anak mereka kepada pengasuh dan pusat asuhan.

Semoga kita semua dilindungi Allah SWT. Ameen…

Berita penuh layari Sinar..

~Pertandingan Bunga Api Antarabangsa Putrajaya 2013~

Bunga Api
Lambat skit update cite pasal bunga api nih!

Seingat Muni last tgk bunga api ngan hubby masa tahun 2008 dulu..pastu baru nak ade balik..bukan senang nak tgk bunga api yang cantik2 tau..
Bagi negara Malaysia haritu..malam 30 Ogos 2013 sambut merdeka, kami anak beranak ke tasik di Cyberjaya untuk menikmati keindahan bunga api yang dipersembahkan Malaysia..seperti biasa memang jem lah kan. Tapi kami bentang tikar..dan babah sempat tido pun sementara nak menunggu kul 12.00 tgh malam.. Ade bentuk LOVE, SMILEY, POKOK KELAPA…hmmmm cantik bangat!!

Jom kite tgk jadual bunga api diadakan mengikut negara yang bertanding!!
jadual

Ini plak peta lokasi mana yang boleh kita lihat bunga api yang cantik tu!
peta

Malam ni turn China bertanding menunjukkan bunga api yang negara tu ade..tapi…babah kami nak tgk bola la plak..:(. Tapi takpelah..3 negara yang lepas kami tengok semuanya!! Sangat berpuas hati!!

-Muni-

~Passport Malaysia Antarabangsa Baru di Putrajaya (Presint 15)~gambar hitam putih

Saje nak cite pasal macam mana nak buat Passport Malaysia International pertama kali ok….sebabnya Muni first time jugak nak ke oversea..almaklumlah ‘paid vacation’ form gov..hahaha..Actually dah lama dah buat dan dah balik dari oversea pun..baru nak update untuk tatapan yang baru nak buat dan passport baru dari Imegresen Putrajaya (Presint 15)..beza tau dengan imegresen tempat lain.

Jom tengok passport Muni..

Gambar itam putih tau..ala2 zaman muda2 lagi pic Muni tu..pastu ade pic kecik kat bawah tu..

Gambar itam putih tau..ala2 zaman muda2 lagi pic Muni tu..pastu ade pic kecik kat bawah tu..

PERSEDIAAN SEBELUM KE IMEGRESEN
1. GAMBAR BERUKURAN PASSPORT WARNA ITAM PUTIH
Ok..untuk buat passport anda perlukan GAMBAR..dulu2 gambar berwarna, tapi kat Putrajaya skang ni kene gambar berukuran passport (berukuran 3.5 x 5 sm) dan itam putih ye..tak mo warna2..so tak payah make-up2 nak pg amik gambar tau..hihi..tak appear kaler2 kat passport tu punye..
Ade jugak servis amik gambar kat imegresen putrajaya tu..tapi biasalah, ramai..so kalau nak buat persediaan awai2 ni cek habaq mai dulu..

2. DOKUMEN-DOKUMEN YANG DIPERLUKAN
Tentunya Kad Pengenalan,
Salinan Kad Pengenalan,
dan Borang Permohonan..leh download kat laman web imegresen sini..

2. PERGI KE IMEGRESEN YANG TERDEKAT
Ambil Nombor..datanglah seawal 7.30 pagi..sebab memang sentiasa je ramai kat situ..
Waktu Operasi Imegresen Putrajaya (Presint 15) adalah
Isnin – Jumaat buka 7.30pagi hingga 5.30ptg
Sabtu & Ahad buka 8.00pagi hingga 1.00tgh hari

Bila no dah di panggil, submit la borang..pastikan anda tidak disenarai hitamkan oleh imegresen ke luar negara tau..sebab tu sebelum pergi buat lah persiapan dulu dengan check ic di sini..
Dah submit, no yg diduakan dikoyak satu untuk no pembayaran pulak..no yang sama tau digunakan..Ada 2 kaedah bayaran passport
a. RM100.00 untuk 2 Tahun
b. RM300.00 untuk 5 Tahun

Pastu kene tunggu SEJAM kalau diikutkan piagam pelanggannye..tapi jangan harap sangatlah..hihi..time Muni haritu..3 jam puan..hmmm takpelah saya amik esok lah..tapi kene simpan tau no tu..jenuh plak peg kaunter nak cari kalau no hilang..

Itu je kot setakat ini..jadi kalau ape yang diperlukan ada, borang lengkap dan tidak blacklist insyaAllah akan dapat passport tu dan bolehlah jalan2 ke obesea..hihi

Bye, Salam.

9 ‘Berita Baik’ MAPPA XIII11 Mac 2013

Semalam di PICC Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengumumkan ‘berita baik’ sembilan perkara yang dinantikan oleh 1.4 juta kakitangan awam. Termasuklah Muni ye..yeah! Yeah!
kandungan+MAPPA+13
Kesemua inisiatif yang diumumkan hari ini adalah sebahagian daripada sistem saraan baru iaitu Sistem Saraan Transformatif (SST) – yang menggantikan Sistem Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang dibatalkan tahun lalu.

ISI KANDUNGAN MAPPA XIII

1. Mulai 1 Januari 2013, pangkat dalam ATM dan PDRM disetarakan dengan perkhidmatan awam iaitu Koperal ATM & PDRM dari gred gaji 17 kepada gred 22; Sarjan ATM dan PDRM dari Gred 27 kepada Gred 29; Kapten ATM dan Penolong Penguasa Polis dari Gred 41 kepada 44; Mejar ATM dan Timbalan Penguasa Polis dari Gred 41 kepada 46A; Kolonel ATM dan Penolong Pesuruhjaya Polis dari Gred 48 kepada 52;

2. 50,000 pegawai kontrak yang tamat kontrak pada 31 Disember 2013 akan disambung lagi setahun. Kajian menyeluruh akan dilaksanakan kemudian;

3. Skim perkhidmatan dari Gred 1 hingga 10, dinaik taraf kepada gred gaji kelayakan masuk PMR. Seramai 166,541 penyandang terima manfaat ini;
Click Here

4. Kerajaan setuju laksana urusan kenaikan pangkat Kumpulan Pelaksana dengan memendekkan tempoh kenaikan pangkat dari tempoh 15 tahun kepada 13 tahun. Ia libatkan seramai 17,000 penjawat awam yang layak;

5. Kerajaan setuju luaskan kaedah pelaksanaan kenaikan pangkat iaitu Kenaikan Pangkat Laluan Pantas, Kenaikan Pangkat Laluan Pakar Bidang dan Kenaikan Pangkat Laluan Kemahiran Tinggi;

6. Seramai 182,434 penjawat awam punyai gaji maksimum pada 2013 dan tidak dapat kenaikan gaji tahunan, semua struktur gaji maksimum dalam Jadual Gaji Minimum-Maksimum ditambah Kenaikan Gaji Tahunan sebanyak tiga kenaikan gaji tahunan (KGT) berkuat kuasa 1 Januari 2013;

7. Sekiranya tiada pelarasan gaji atau semakan dibuat, kerajaan setuju beri Pergerakan Gaji Khas sebanyak tiga peratus kepada pegawai yang capai dan punyai gaji maksimum;

8. Dalam Skim Saraan Malaysia (SSM), bagi KGT Gred 1 hingga 11 dan gaji gred naik pangkat tidak dapat tampung kenaikan pangkat, kerajaan setuju buat tambah baik sebelum akhir 2013 berpandukan prinsip saraan sejagat iaitu kadar upah untuk kerja relativiti dan pariti perkhidmatan serta “pay for performanca”;

9. Kerajaan setuju beri semua penjawat awam faedah pemindahan gaji sebanyak satu KGT diawalkan pada 1 Julai 2013. Setiap penjawat awam terima antara RM80 hingga RM320. Ia membabitkan perbelanjaan sebanyak RM1.5 bilion;

Tahniah kepada ATM dan PDRM khasnya dan semua Penjawat Awam amnya. Semoga kita sebagai penjawab awam akan lebih Saya Yang Menurut Perintah (SYMP) dalam setiap tugas yang diberi!! Caiyok..caiyok..

KESULTANAN SULU & SABAH

KESULTANAN SULU – YANG BETUL DAN BENAR TANPA PICISAN AYAT POLITIK MURAHAN!!!

Yaaaaa!!! Memang benar! Sejarah telah membuktikan Kesultanan Sulu pernah memerintah Sabah. Akan tetapi lelaki yang mendakwa dirinya sekarang adalah Sultan Sulu & Borneo Utara iaitu “Sultan” Jamalul Kiram terlupa sesuatu, “baginda” atau dia mungkin terlupa pada tahun 1878, datuknya sendiri telah mengadakan perjanjian dengan Syarikat Borneo Utara British (SBUB) dan akhirnya bersetuju untuk “menyewakan” negeri Sabah (Borneo Utara) kepada SBUB dan akhirnya menyerahkannya kepada British (Sebelum pembentukan Malaysia). Yang menariknya, apakah yang Sultan Sulu lakukan ketika Sabah dijajah oleh Jepun? Jika benar “Baginda” mempunyai hak di Sabah, adakah “baginda” pernah menghantar “Tentera Diraja Sultan Sulu” untuk membebaskan Sabah? (Seperti yang berlaku di Lahad Datu sekarang) Jawapannya TIDAK!!! Malah sebelum Malaysia ditubuhkan pada 16 September 1963. Sultan Sulu ketika itu iaitu Sultan Muhammad Esmail E. Kiram I sendiri telah menyerahkan ‘hak’ pemerintahan baginda di Borneo Utara kepada Filipina yang ditadbir Presiden Macapagal pada 12 September 1962 untuk menghalang pembentukan Malaysia. Ini secara tidak langsung menunjukkan Sultan Sulu ketika itu “tidak serius” dan bersikap “lepas tangan” dan akhirnya pada 1989 kerajaan Filipina telah mengugurkan tuntutan mereka keatas Sabah demi memperbaiki hubungan Diplomatik dengan Malaysia. Malah sehingga sekarang, Kerajaan Malaysia tetap & masih membayar Rm5300 kepada Sultan Sulu sebagai wang saguhati, tetapi “baginda” mendakwa wang saguhati tersebut tidak cukup kerana “baginda” berhak mendapat 50% wang hasil ekonomi Sabah. Mungkin “Baginda” belum sedar yang penduduk Sabah sekarang tidak pernah mengiktiraf “baginda” sebagai Sultan Borneo Utara lagi kerana Sabah sekarang adalah milik penduduk Sabah BERNAUNG DI BAWAH PANJI MALAYSIA dan bukannya milik kesultanan Sulu lagi.