~Masalah Haid dengan Implanon~

air+prmpuan
Terpanggil untuk berkongsi cerita pasal kesan haid bila dah start pasang implanon ni..Implankan ada hormon..so memang die akan ganggu hormon kita lah!! Cite pasal implanon Muni di sini

Pencerahan dari masalah ni Muni perolehi daripada my dear sis di Jordan, adinda ‘kak ton’ nama gelarannya. Belajar di University of Yarmouk (Jamiah Yarmouk). Belajar jurusan Islamic Study..

Period datang sesuka hati bila dah start setahun memasangnya..lalalala..suka hati..
Tapi seperti yang Muni dan anda sume tau dalam sebulan ada 30 hari = 15 hari haid dan 15 hari suci dari haid. Ini adalah kitaran yang dikira. Kalau selepas 15 hari darah still ada dikira darah istihadoh. Dan kita suma wajib mandi dan bersolat!

Darah haid dan darah istihadoh kita boleh bezakan dari segi kepekatan dan bau. Kalau haid pekat dan berbau manakala bagi istihadoh adalah cair.

Kalau dalam 15 hari kita terjumpa darah istihadoh kita wajib mandi dan solat! Contohnya biasa kita dtg haid 7 hari..hari kelapan kita dapati ia adalah istihadoh (dari segi kepekatannya) so mandi dan solatlah ye. Tetapi kalau kita tak nampak beza kepekatan dan bau itu, kita i’tifaq (setujukan) bahawa ia darah haid sehingga hari ke 15..kerana hari ke 16 kita dah kene solat kalau ikut kiraannya.

Ada jugak sesetengah kes 7 hari datang haid..pastu berhenti 7 hari (mandi dan solat)…pastu dtg pulak die..5 hari haid..macam mana plak tu ye?? Ok..7+7+5 = 19 hari..sepatutnya hari ke 15 tu kita dah wajib solat tu..sebb 15 hari yg seterusnya adalah isstihadoh..

Kalau dalam istihadoh tu..nak solat kenela bersih..so pandai-pandaila nak bg bersih..hihihi

Itu je perkongsian hepi dari Muni..kalau kita tak alami memang kita tak tahu..tapi kalau kita alami..baru tercari2 ilmu dan panduan kan? Ingatan untuk diri sendiri..bab solat jgn memain!!!

Last but no least..kalau dtg haid tu..kita catitkan bila dan bila..ini untuk menjaga ibadah kita juga..InsyaAllah!

Advertisements

~Jarak kehamilan dengan Implanon~

Anak pertama 7 tahun, anak ke 2, 3 tahun dan anak ke 3, 1 tahun…fuhh ibu bekerja dengan tekad untuk penyususan susu ibu sehingga 2 tahun menjadikan Muni ingin menumpukan sepenuh perhatian kepada 3 anak setakat ini..jadi langkah yang Muni pilih adalah memasang IMPLANON di lengan Muni.

Ini die gambar kad implan Muni tu..

Dipasang semasa Luqman 3 bulan lebih...

Dipasang semasa Luqman 3 bulan lebih…

Muni pasang di Klinik Maria Putrajaya (dekat Alamanda tu)
Sakit tak??? Sakit lah jugak walau dibius..3 hari dah boleh buang plaster yang dilekatkan tu…Kaedahnye cume insertkan implan tu dibawah kulit..(besar jugak ar jarumnye tu..)
Saiz alat/benda tu? Sama besar dgn sebatang mancis ajer..(lebih kurang 3cm gitu)
Implanon ni tahan for max 3 years, tp kalau Muni nak preggy lagi, remove je la, anytime boleh remove, tp doktor specialist lah kena buat.

Muni pilih implanon sbb cara ni antara yg paling berkesan..secure 99% (doc Maria cakap)
Ade juga cara2 yg lain tu..contohnye suntikan every 3 months, tak convenient –kena ulang2 alik cucuk, dan takut badan naik(ikut pengalaman kengkawan)
Mr K*****m, tak selesa kot..
Selalu nak kene kira2 waktu subur, dtg period itu ini..
Muni tak suka mkn pills..
IUCD sbb Muni tak suka nak kena msauk alat dari bawah..and ramai plak kes2 yg Muni jumpa ter preggy even pakai IUCD pun, so tahap keberkesanan kurang meyakinkan..

just sharing–kalau ada rezeki, nak sorang lg baby sblm umur 35 tahun 😉 tgk keadaan dulu lah..

Yang ni murni copy paste je..

Kaedah implan, tak seperti kaedah pil perancang, tidak memerlukan peringatan ini. Setelah dipasang, anda tidak perlu risau mengenai kehamilan memandangkan keberkesanannya adalah yang paling tinggi berbanding kaedah lain iaitu menghampiri 100 peratus.

Untuk makluman, tiada satu pun kaedah yang dilabelkan sebagai 100 peratus berkesan.

Setiap jenis kaedah yang dikategorikan sebagai sangat berkesan (implan, suntikan depo, pil, alat dalam rahim dan seumpamanya) mempunyai kesan sampingan tersendiri.

Bagi kaedah implan, masalah yang boleh dialami adalah haid yang menjadi sangat sedikit (oligomenorea) atau tiada haid langsung (amenorea). Memandangkan kaedah ini paling berkesan, kemungkinan ketiadaan haid itu disebabkan oleh kehamilan secara amnya boleh dikatakan sangat tipis.

Ada wanita yang dapat menerima ketiadaan haid ini malah menyukainya kerana mereka bebas untuk menjalankan ibadat keagamaan dan tiada halangan hubungan seks.

Ada wanita pula yang tidak menyukainya kerana berasakan seperti ‘bukan wanita’ lagi. Usah bimbang, ia bukan disebabkan oleh haid anda tertahan di dalam, tetapi sebenarnya disebabkan lapisan baru haid anda kini semakin nipis akibat kesan hormon implan terbabit.