~Relaktasi Atau Induce Lactation~

Ada sesetengah ibu terpaksa menghentikan penyusuan susu ibu. Sebab musababnye ibu itu sahaja yang tahu, tapi kita tak boleh salahkan ibu tersebut. Kita hormat pilihan orang lain.

Ok.

Tapi selepas beberapa bulan, ibu tersebut teringin juga nak menyusukan semula anaknya.

Persoalannya, boleh ke?

Jawapannya adalah, semestinya boleh! Tahniah anda telah memilih untuk menyusukan semula anak anda 🙂

Macam mana nak buat?

Ye lah, susu badan mesti akan mula kering bila saat kita putus kan susu.

Semua wanita boleh menghasilkan susu badan.

Semua wanita boleh meneruskan penyusuan susu ibu

Pertama sekali kita kena tahu, setiap perempuan dicipta sempurna dengan hormon oxytocin dan prolaktin. Kedua-dua hormon ini penting untuk mencetus susu.

Dalam dunia penyusuan susu ibu, semua wanita termasuk anak dara yang belum kahwin pun boleh rangsang penghasilan. Wanita berkahwin yang tak pernah mengandung pun boleh menyusukan anak angkat dengan susu ibu yang dihasilkan oleh tubuh sendiri.

Bahkan warga emas yang dah berusia lanjut pun boleh rangsang penghasilan susu, ada cerita seorang nenek menyusukan cucunya sebab kesian dengar cucu menangis tak berhenti.

Soalnya, cekal atau tidak?

Untuk ibu yang pernah menyusukan anak dan berhenti, kemudian membuat keputusan untuk sambung susukan semula anak, berikut saya kongsikan 4 tips buat anda:

4 Tips Relaktasi Penyusuan Susu Ibu

1) Pam susu setiap satu – tiga jam.

Payudara kita memerlukan rangsangan yang kerap bila nak mula hasilkan semula susu. Pam lah sekerap satu atau dua jam secara konsisten.

2) Skin-to-skin contact

Teknik ini memerlukan ibu dan bayi bersentuhan kulit supaya tubuh ibu dapat merasakan kehangatan tubuh bayi dan terus bagi isyarat kepada otak untuk mula hasilkan susu.

Ibu perlu undress, dan bayi hanya perlu pakai diapers je. Kemudian ibu peluk bayi sambil suakan susu pada bayi.

Boleh dilakukan bila baby dah mula mamai nak tido.

3) Kuat semangat

Usaha ni bukan satu malam je dah dapat susu. Ia memerlukan ibu bersikap tabah, cekal hati dan tak mudah berputus asa. Ia pasti akan hasilkan hasil yang manis.

Banyakkan bergaul dengan ibu – ibu yang bersikap positif dan menyokong niat kita

4) Makanan tambahan

Makanan tambahan atau lebih dikenali sebagai supplement bukan lah bertujuan untuk banyakkan susu tanpa usaha. Perkara pertama yang perlu dibuat – perah susu dengan sekerap yang mungkin.

Makanan tambahan membantu ibu kekal bertenaga, bila ibu kekal bertenaga semasa proses relaktasi, ibu tak akan mudah putus asa.

Di samping itu ia membantu merangsang penghasilan susu. Supplement bukan watak utama untuk banyakkan susu, ia hanya membantu.

Moga perkongsian ini bermanfaat untuk semua ibu.

Set Vitamin Ibu Menyusu Shaklee (3M)

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Untuk pertanyaan / konsultansi percuma berkaitan vitamin Shaklee hubungi Murni 012-657 8121 atau 012-429 8121.

Advertisements

~Hadis Susu Ibu~

Luqman dah tido baru bleh nak mengadap blog ni kan? hihi..kira luqman bagi ibu die can sekejap..sekejap je ye ibu..

Ok saje nak cerita pasal susu ibu dan kesannya kepada Muni bile sebut pasal susu ibu ni..

Dalam riwayat Thabarani dan ‘Ibnu Asakir ditambahkan, jika ia melahirkan, lalu ia mengeluarkan susu dari payudaranya dan dihisap oleh bayinya, setiap hisapan dan tegukan mendapat satu pahala. Jika ia berjaga sepanjang malam (karena melayani bayinya), ia mendapatkan pahala seperti pahala orang memerdekakan 70 orang budak di jalan Allah.

Begitu besarnya pahala yang akan seorang ibu dapat jika menyusukan anaknya..Jadi kepada rakan2, sahabat taulan dan pembaca blog sekalian, marilah kita sama-sama menjayakan penyususan susu ibu ni..tak dapat 2 tahun, 6 bulan pun jadilah..jangan give up, jangan mengalah, jangan stress dan jangan kata tak boleh sebelum anda betul2 lakukannya.

Memang mudah jika kita bagi susu fm..tapi bagi Muni mudah lagi kalau kita bf baby..ye ar..tak payah bawak beg susu ngan air panas bagai..tido malam pakai selak je..tak payah nak bangun2..kita pun boleh rehat..

Kesannya pada Muni plak..kalau di opis tu..kalau yang lepas bersalin, Muni mesti tanya “aby isap susu badan?” Kalau ye..Muni akan senyum dan akan cakap..”teruskan penyusuan, byk minum air dan banyakkan berdoa..pastikan diri sentiasa hepi tau!” tapi kalau yang kata tidak tu..Muni akan tanya kenapa dan cuba terangkan die kenape pentingnya susu ibu..tak panjang pun muni ckp just bgtau “kalau awak bagi susu ibu, lagi kuat antibodi anak tau”…hihi…

Dan juga bila kat opis tu..kalau ade ibu menyusu yang jumpe Muni mesti tanya..mengadu dan macam2 lagi..hihi nak kata2 semangat kata mereka..hmmm hepi tau bile dapat tolong orang..makan shaklee ke..beli dari Muni ke atau tidak..Muni tak kisah sangat..yang penting SUSU IBU!!!

Jika ade pembaca yang nak bertanyakan apa2 pasal bf..insyaAllah Muni leh membantu..bantu dari pengalaman yang Muni ada..hasil pembacaan dan lain2…
bf
-Muni- 012-657 8121 – mlyana_21@yahoo.com.my..

Tips Jimat Masa Untuk Pam Susu Badan

Tadi ada my fren yang first pregnancy tannya macam mana susu boleh banyk dan how untuk pump dgn kerap kat tempat kerja…
pump
Apa yang Muni share adalah….inipun ikut pengalaman kita kan yang dah ada 3 orang anak ni..hihi

Kalau nak full breastfeed kene ada skill, knowledge dan support.
beli letrik double pump (supaya boleh pam serentak, selain banyakkan susu, boleh jimat masa)
– masa pam adjust corong kat bra betul2 supaya tak payah pegang corong dan boleh buat keje
– kalau kat ofis pam kat cubicle, pakai shawl. Kat bilik kunci pintulah..
– lepas pam lap sume parts dgn tuala/tisu pastu masuk dalam cooler bag (x yh basuh, leceh…bygkan if wat power pumping, berapa kali nak basuh..lame2 jadi malas pam..lgpun dlm cooler bag sejuk, kuman x mbiak kat tempat sejuk)
belajar marmet (pam dgn tgn)..so dlm meeting room pun leh wat stok susu..

Senang je kan sebenarnye..InsyaAllah kalau kita fikir senang, senanglah jadinye penyusuan kita tu.

~Tips Galakkan Susu Ibu Lancar~

Ade jugak kawan2 yang ingin menyusukan anak datang bertanya kepada Muni..Muni kenape susu kurang ni? kenapa bile pam dapat 1-2 oz je.. Haaa sebabnye kurang minum air, tak kerap df atau pam Muni akan jawab..hihi.. Ok di bawah adalah tips dari PA&MA utk galakkan susu lancar..kalau tidak..memanglah si manja tu akan meraung..kurang susu!!..nak susu!! haha

Huwaaaaaaaaa........! Jenuh nak memujuknye..hihi

Huwaaaaaaaaa……..! Jenuh nak memujuknye..hihi


Tips Galakkan Susu Lancar

1. Ikut jadual mengepam
Tugas mengepam susu memainkan peranan penting dalam soal pengumpulan susu ibu. Jangan culas mengepam! Bagi ibu yang bekerja, sebaiknya sesi mengepam di pejabat dilakukan dua hingga tiga kali bergantung kepada jenis kerja iaitu awal pagi, tengah hari dan petang.
Sebaik tiba di rumah, pam sekali lagi. Sebelum tidur, ibu boleh mengepam sekali lagi. Untuk menjimatkan masa, ibu digalakkan mengepam menggunakan pam berganda.

2. Jaga minum
Tanpa air dan makanan, tidak banyak susu akan dihasilkan. Ibu disarankan minum air sekurang-kurangnya tiga liter setiap hari. Sebaik-baiknya air suam. Sebelum tidur pula, ambil minuman susu bermalta atau beroat. Malah setiap kali selepas menyusukan anak, minum air untuk mengekalkan bendalir dalam badan biarpun di waktu malam.

3. Amalkan pemakanan berkhasiat
Makanan yang ibu makan akan mengalir dalam susu yang dihasilkan. Jadi bayi akan mendapat khasiat yang sama daripada makanan ibu. Makanan yang sihat memperbanyakkan susu badan. Antara makanan yang boleh menambahkan susu adalah sup lobak putih, sawi, halba, jantung pisang, pucuk betik, pengaga, makanan berasaskan oat, kurma, makanan berasaskan susu.

4. Sentiasa bertenang
Secara psikologi jika bertenang, anda pasti dapat melakukan sesuatu tugas dengan berjaya. Begitu juga dengan tugas menghasilkan susu. Tidak kira sama ada anda sedang menyusukan bayi atau mengepam susu, ketenangan diperlukan.
Suasana yang tenang sambil diiringi irama muzik lembut membantu pengaliran susu yang lancar. Selain dari itu, melihat gambar anak sambil membayangkan anak sedang menyusu juga dapat membantu tugas mengepam susu lebih mudah. Amalan memperbanyakkan sentuhan kulit ke kulit dengan bayi turut merangsang hormon penyusuan sekaligus meningkatkan penghasilan susu.

‪#‎sumber‬: PA&MA

Pengalaman Muni Dalam Penyusuan Susu Ibu

Salam..

Harini nak cite kisah penyusuan bagi ketiga-tiga anak Muni…:)
Yang sulung bernama Farah Lyana DOB 28/7/2006
Second bernama Marya Qalesya DOB 18/8/2010
Third bernama Luqman Haqeem DOB 9/4/2012

Farah, ibu hanya dapat menyusukan selama 10 bulan gitu..sebab masa tu Muni belum bekerja lagi. Kenape 10 bulan ye? Masa tu awareness pasal breastfeeding ni belum belajar sangatla, takde pengetahuan sgt..hanya tau wajib susukan selama 2 tahun je..cara dan bagaimana tu tak belajar dan tak de org ajar..:( ..Lepas 10 bulan farah minum susu Anmum yang madu tak silap muni. Tapi farah ni kurang minum susu..satu tin dalam sebulan tak habis2 lagi. Farah memang kurang minum susu…dari kecik asyik menangis je..Maklumlah pengalaman anak yg pertama..

Qalesya, anak ke dua. Tahan 6 bulan je..haha lagila kesian kat yaya ni. Lepas je abih pantang dah kene pegi outstation..manelah tak terganggu cita2 penyusuan tu..dengan tak banyak ilmu lagi. Lepas tu, yaya minum susu S26..mahal ooo. nak bagi yg terbaiklah katakan. Tak sama dengan kakaknye, yaya sangat suke minum susu..:)

Luqman, Alhamdulillah lebih lama dari kakak, kakaknya..luqman kini dah hampir nak setahun..masih tidak campur lagi..seronok tau bila bercerita pasal breastfeedg ni. Alhamdulillah dapat atasi segala pahit maung dalam perjalanan penyusuan ini. Dengan bantuan set penyusuan Shaklee juga. Tq Shaklee!! Muni harap ibu2 diluar sana juga belajarlah dari pengalaman, dan banyakkan bertanya, membaca pasal penyusuan susu ibu ini. Banyak kebaikkan sebenarnya.

So itu, pengalaman Muni..anak ketiga barulah bertekad betul2 untuk breastfeeding..sayangnye..alahai. Pengalaman anda Muni harap lebih indah lagi. Semoga kita ikhlas dan halalkan susu kepada anak kita. Muni gembira kalau ade ibu2 yang suke berkongsi dan kalau nak tau lebih lanjut bolehla hubungi Muni juga ya..012-657 8121. Feel free to contact.

Berapa jumlah EBM untuk hantar ke Pengasuh / Nursery

Suka Muni untuk kongsikan kepada ibu-ibu diluar sana berapa banyak jumlah EBM yang nak hantar ke pengasuh/nursery bila kita bekerja/lepas abis pantang. Sebab Muni pun tak reti jugak pada mulanya untuk tetapkan berapa botol nak antar, berapa oz nak beri. Kalau ikut pengalaman Muni dulu sebelum menelaah buku rujukan yang betul Muni hanya try n error je. Bila dah antar seminggu baru boleh agak2 berapa oz yang anak Muni perlukan. Dan sepanjang try n error ni ada jugak susu yg terpaksa dibazirkan… 😦

Ibu-ibu sekarangkan very calculative dan inginkan facts yang tepat jadi Muni kongsikan ilmu breastfeeding ni untuk jawapan yang lebih spesifik..

iaitu…

Banyak research find that baby yg exclusively breastfed minum dalam 25 oz (750 mL) sehari antara 1- 6 bulan.Tapi tak sume baby sama, ada jugak yg perlu lebih banyk atau kurang..jadi average lebih kurang 19-30 oz per day (570-900 mL per day).

Anggaran di atas untuk baby 1-6 bulan. Selepas 6 bulan mestilah baby dah mkn solid food, jadi jumlah oz yang diperlukan akan berkurang.

Masalah utama ibu2 ialah, tak pasti nak estimate untuk hantar pada pengasuh hari2 pertama naik keje selepas cuti bersalin.

So, jom kita belajar:

Anggarkan dalam 24 jam berapa kali baby kita menyusu
Kemudian bahagikan dengan 25 Oz (anggaran minum sehari)
Hasilnya akan bagitau kita, agak2 sekali menyusu berapa oz ebm perlu kita sediakan

Contohnya:

Kalau sehari baby menyusu 8 kali, so kiraannya: (25/8=3.1)… So anggarannya 3.1 oz setiap feeding

Sekarang dah tau berapa oz.. persoalan seterusnya berapa botol?… Kita anggarkan kalau kat rumah, antara kul 8-6ptg (ikut waktu kita kerja) berapa kali baby breastfeed. Biasanya 4-5 kali.

Penyelesainya: Dlm kes di atas hantar 4-5 botol (setiap botol 3.1oz) utk sehari

Muni berharap ibu ibu faham dan jelas ya..kalau kurang faham boleh tanya Munilah..haha
SELAMAT MENGIRA!..JADI IBU YANG BIJAK SUPAYA TITISAN MUTIARA KITA TIDAK MEMBAZIR.

GOOD LUCK

Credito to kellymom.com

Set Ibu Menyusu Optimum~Terbaik!~

Wah..excited Muni untuk menulis tentang set ni.. Sebabnye muni bermula dengan vitamin inilah untuk mengenali kehebatan Shaklee dan keserasian Muni dengan vitamin Shaklee ni.
Next entry Muni bercerita tentang pengalaman muni berpantang bagi ketiga-tiga anak hokeh.
pantang

Apa yang ada dalam set ni?
Set Vitamin Ibu Menyusu Shaklee (3M)
1. Vita-Lea 120 tabs-sehari mkn sebiji
2. B-Complex 120 tabs – sehari mkn sebiji
3. Vita-C 180 biji – sehari mkn 1-2 biji
4. Alfalfa 330 biji – sehari mkn 6-10 biji
5. OsteMatrix 120 biji – sehari mkn 4 biji
6. Energizing Soy Protein 1 canister

Kenapa Set ni?>
> Ibu nampak sihat dan cantik kembali.
> Proses pemulihan luka akan lebih cepat
> Boleh membantu dalam kesejahteraan bayi, iaitu dengan menyusukan bayi yang baru lahir dengan hanya susu ibu.
> Kebanyakan ibu yang lepas bersalin mengelak untuk makan jamu dan maajun kerana dikatakan panas dan boleh menyebabkan bayi cirit birit dan menghadapi masalah kuning.
> Konsep 1 gelas 1 hari juga sudah tidak diamalkan. Ibu akan minum air yang secukupnya untuk membolehkan ibu menyusukan bayi.

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Untuk pertanyaan / konsultansi percuma berkaitan vitamin Shaklee hubungi Murni 012-657 8121.