~Relaktasi Atau Induce Lactation~

Ada sesetengah ibu terpaksa menghentikan penyusuan susu ibu. Sebab musababnye ibu itu sahaja yang tahu, tapi kita tak boleh salahkan ibu tersebut. Kita hormat pilihan orang lain.

Ok.

Tapi selepas beberapa bulan, ibu tersebut teringin juga nak menyusukan semula anaknya.

Persoalannya, boleh ke?

Jawapannya adalah, semestinya boleh! Tahniah anda telah memilih untuk menyusukan semula anak anda 🙂

Macam mana nak buat?

Ye lah, susu badan mesti akan mula kering bila saat kita putus kan susu.

Semua wanita boleh menghasilkan susu badan.

Semua wanita boleh meneruskan penyusuan susu ibu

Pertama sekali kita kena tahu, setiap perempuan dicipta sempurna dengan hormon oxytocin dan prolaktin. Kedua-dua hormon ini penting untuk mencetus susu.

Dalam dunia penyusuan susu ibu, semua wanita termasuk anak dara yang belum kahwin pun boleh rangsang penghasilan. Wanita berkahwin yang tak pernah mengandung pun boleh menyusukan anak angkat dengan susu ibu yang dihasilkan oleh tubuh sendiri.

Bahkan warga emas yang dah berusia lanjut pun boleh rangsang penghasilan susu, ada cerita seorang nenek menyusukan cucunya sebab kesian dengar cucu menangis tak berhenti.

Soalnya, cekal atau tidak?

Untuk ibu yang pernah menyusukan anak dan berhenti, kemudian membuat keputusan untuk sambung susukan semula anak, berikut saya kongsikan 4 tips buat anda:

4 Tips Relaktasi Penyusuan Susu Ibu

1) Pam susu setiap satu – tiga jam.

Payudara kita memerlukan rangsangan yang kerap bila nak mula hasilkan semula susu. Pam lah sekerap satu atau dua jam secara konsisten.

2) Skin-to-skin contact

Teknik ini memerlukan ibu dan bayi bersentuhan kulit supaya tubuh ibu dapat merasakan kehangatan tubuh bayi dan terus bagi isyarat kepada otak untuk mula hasilkan susu.

Ibu perlu undress, dan bayi hanya perlu pakai diapers je. Kemudian ibu peluk bayi sambil suakan susu pada bayi.

Boleh dilakukan bila baby dah mula mamai nak tido.

3) Kuat semangat

Usaha ni bukan satu malam je dah dapat susu. Ia memerlukan ibu bersikap tabah, cekal hati dan tak mudah berputus asa. Ia pasti akan hasilkan hasil yang manis.

Banyakkan bergaul dengan ibu – ibu yang bersikap positif dan menyokong niat kita

4) Makanan tambahan

Makanan tambahan atau lebih dikenali sebagai supplement bukan lah bertujuan untuk banyakkan susu tanpa usaha. Perkara pertama yang perlu dibuat – perah susu dengan sekerap yang mungkin.

Makanan tambahan membantu ibu kekal bertenaga, bila ibu kekal bertenaga semasa proses relaktasi, ibu tak akan mudah putus asa.

Di samping itu ia membantu merangsang penghasilan susu. Supplement bukan watak utama untuk banyakkan susu, ia hanya membantu.

Moga perkongsian ini bermanfaat untuk semua ibu.

Set Vitamin Ibu Menyusu Shaklee (3M)

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Untuk pertanyaan / konsultansi percuma berkaitan vitamin Shaklee hubungi Murni 012-657 8121 atau 012-429 8121.

Advertisements