~Israk Mikraj~

Harini (27 Mei 2014/27 Rejab 1435H) hari Israk Mikraj.. Jangan biarkan ianya berlalu tanpa kita menghayatinya dengan sepenuh jiwa dan mengambil hikmah dan pengajaran dari peristiwa itu..
—————–
Bulan Rejab adalah diantara bulan yang mulia dalam islam. Umat islam tentu akan kedatangan bulan ini setiap tahun . Pada malam 27 Rejab tahun ke-11 kerasulan Nabi Muhammad saw telah terjadi suatu peristiwa luar biasa yang mengemparkan serta menakjubkan fikiran , iaitu peristiwa israk dan mikraj.

Israk bererti Allah membawa atau memperjalankan Nabi Muhammad saw pada malam hari dari Masjidil Haram (Mekah) ke Masjidil Aqsa di Palesin.

Sementara Mikraj pula perjalanan Nabi Muhammad saw dari bumi (dari masjidil Aqsa) naik ke langit.

Dengan itu israk dan mikraj bermaksud perjalanan Nabi Muhammad saw pada waktu malam hari dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa , kemudian naik ke langit hingga ke Sidratul Muntaha, dengan menembusi planet-planet dunia serta menjelajahi 7 lapis langit kemudian kembali semula ke Mekah pada malam itu juga.

Peristiwa Israk dan Miraj yang dialami sendiri oleh Nabi saw dengan jasad dan tubuhnya adalah satu peristiwa ghaib yang mustahil dapat dijangkau oleh alam pemikiran manusia. Ia dikatakan luar biasa kerana kejadian tersebut dilalui oleh Nabi Muhammad saw dalam waktu yang singkat , cuma memakan masa 1/3 malam . Walhal jika difikirkan jarak antara Masjidil Haram dengan Masjidil Aqsa bukanlah satu jarak yang dekat , lebih-lebih lagi naik ke langit hingga naik ke langit yang ke-7 tanpa menggunakan peralatan yang canggih sepertimana hari ini. Kemudian banyak peristiwa yang dialamai dan banyak permandangan yang dapat dilihat oleh baginda Rasullulah saw terutamanya kenikmatan syurga dan juga berbagai bentuk penyeksaan di dalam neraka.

Setelah nabi Muhammad saw selesai mengalami Israk dan Mikraj , baginda membuat pengumuman di hadapan orang ramai memberitahu yang baginda telah diisrak mikraj kan oleh Allah swt disamping menceritakan semua perkara yang baginda alami ketika itu dengan harapan golongan kafir Quraisy yang mendengar penjelasan baginda saw itu akan beriman kepada Allah swt dan mengikut ajaran-Nya. Namun mereka tidak juga mempercayai kata-kata Rasullulah saw malah memperolok-olokkannya dengan dalih bahawa semua cerita Nabi Muhammad saw itu tidak masuk akal. Hanya sedikit yang beriman, itu pun dalam keadaan yang was-was.

Bagi kita sebagai muslim dan mukmin , kejadian Israk dan Mikraj ini tidak sulit untuk difikirkan ini kerana kita sendiri mengetahui dan mengakui bahawa kekuasaan Allah swt boleh berlaku dengan kehendak-Nya.

Nabi Muhammad saw berangkat dari Masjidil Haram bersama malaikat Jibrail adalah dengan menaiki buraj yang sekali melangkah jauhnya adalah sejauh mata memandang.

Sesunguhnya peristiwa Israk Mikraj benar-benar dialami oleh Nabi Muhammad saw kerana telah termaktub dalam al-Quran dan kita wajib percaya dan beriman dengannya.

Sesunguhnya peristiwa Israk Mikraj benar-benar dialami oleh Nabi Muhammad saw kerana telah termaktub dalam al-Quran dan kita wajib percaya dan beriman dengannya.

Apabila kita meneliti catatan sejarah, didapati pada bulan Rejab tahun ke-11 kerasulan Nabi Muhammad saw,beliau benar-benar berada dipuncak kesedihan. Baginda saw telah menghadapi 2 musibah berturut-turut , iaitu pemergian 2 insan yang amat berjasa dan sangat dikasihi. Pemergian itu adalah pemergian buat selama-lamanya menghadap ke hadrat illahi. Musibah yang dimaksudkan itu ialah wafatnya Siti Khadijah isteri yang dicintai. Tidak lama kemudian menyusul pula kewafatan bapa saudaranya Abu Talib. Tahun tersebut adalah tahun dukacita bagi Rasullulah saw. Bagi Rasullulah saw kewafatan Siti Khadijah bukan sekadar kehilangan isteri yang menumpahkan taat setia, kasih sayang dan ketabahan yang luar biasa,tetapi Siti Khadijah juga berfungsi sebagai sumber inspirasi dalam perjuangan Rasullulah saw.

Sebagai insan berharta , Siti Khadijah telah mengorbankan sebahagian besar harta miliknya dengan penuh ikhlas dan rela demi kepentingan dan kemajuan dakwah Rasullulah saw dalam menegakkan islam. Adanya Siti Khadijah disisinya dengan perangsang yang diberikan , Nabi Muhammad saw merasa segala beban yang dipikulnya menjadi ringan dan segala kepahitan terubat yang mana ia menjadi sumber kekuatan dan semangat untuk mengembangkan islam.

Demikian juga halnya kewafatan Abu Talib, bapa saudaranya yang bermati-matian membela dan melindunginya daripada ancaman orang kafir quraisy . Lantaran Abu Talib tergolong di dalam orang yang disegani dikalangan bangsa Arab, menyebabkan orang kafir Quraisy tidak berani menggangu Nabi Saw secara terang-terangan. Namun, setelah Abu Talib dan Siti Khadijah wafat mereka begitu berani sekali menggangu dan mengancam Nabi saw.

Setelah Nabi saw merasakan ruang pergerakan dakwah di Mekah semakin sempit dan keselamatan umat islam sudah tidak terjamin , Rasullulah saw memutuskan untuk pergi ke Taif dengan harapan penduduk Taif akan menerima seruan dan membantu perjuangannya. Namun, di luar dugaan mereka bukan sahaja tidak memberikan perlindungan kepada Nabi saw bahkan melemparkan pelbagai cacian,hinaan dan penganiawaan.

Kerana cabaran itu Rasullulah saw kembali semula ke Mekah. Betapa beratnya pendetitaan yang diterima oleh Baginda Rasullulah saw tentunya tidak dapat kita bayangkan . Dalam keadaan seperti itu, bagi memantapkan dan menghiburkan Rasullulah saw, maka Allah swt memerintahkan kepada malaikat Jibril agar mengisrak mikrajkan Rasullulah saw.

Daripada peristiwa Israk Mikraj ini terdapat beberapa hikmah yang terkandung di dalamnya beberapa pengajaran yang amat berguna sekali untuk umat islam; Diantaranya ialah :

1- Agar manusia sentiasa mengadakan hubungan dengan Allah , baik dikala ditimpa kesusahan maupun kesusahan. Ini kerana hanya Allah sahajalah yang mampu memberikan pertolongan dan menghilangkan segala kesedihan serta kesusahan pada diri manusia, sebagaimana Nabi Muhamad saw telah ditimpa beberapa musibah sebelum terjadinya Israk Mikraj. Ia memberi pengajaran kepada kita agar sentiasa mendekatkan diri kepada Allah sewaktu mendapat musibah dan permasalahan dalam kehidupan.

Caranya tentu sahaja dengan melaksanakan yang diperintahkan dan menjauhi semua larangan-Nya. Disamping terus meningkatkan ketakwaan dan amal ibadah . Ternyata apabila Jibril mengajak Nabi Saw berangkat dan keberangkatan itu adalah untuk menemui Allah. Alangkah gembira hati Rasullulah saw , sehingga ia lupa segala masalah yang berlaku , tidak dihiraukan lagi kegelapan malam dan jauhnya perjalanan yang bakal ditempuhi itu.

2- Dalam perjalanan Israk dan Miraj tepatnya sewaktu Nabi Muhamad saw diajak meninjau keadaan neraka. Baginda ditunjukkan berbagai penyeksaan yang amat dahsyat sedang dialami oleh berbagai kaum akibat dari bentuk kejahatan yang pernah mereka lakukan di dunia. Misalnya baginda bertemu dengan satu kaum yang memecahkan kepala mereka dengan batu besar. Setelah pecah ia kembali lagi seperti sediakala. Malaikat Jibril menyatakan mereka ini orang yang berat kepalanya mengerjakan solat . Nabi Muhamad saw juga melihat lain-lain bentuk penyeksaan bagi pemakan riba,penzina,orang yang suka memfitnah dan lain-lain. Ini semuanya memberi teladan dan iktibar agar kita yang hidup di dunia ini tidak melakukan perbuatan tersebut dan lain-lain perbuatan yang jelas dilarang oleh Allah swt.

3- Mendapat perintah solat sebagai satu bentuk ibadah. Sesungguhnya kewajipan solat berbeza dengan kewajipan-kewajipan yang lain seperti puasa,zakat dan haji. Lantaran itu kewajipan solat disampaikan oleh Allah swt secara langsung kepada nabi Muhamad saw , tanpa melalui perantaraan malaikat Jibril. Solat merupakan amalan yang paling awal dihisab di akhirat kelak. Ini menunjukkan bahawa solat memiliki kelebihan berbanding ibadah-ibadah yang lain. Kita harus bersyukur kerana melalui ibadah solat, seseorang muslim berpeluang untuk berdialog terus dengan Allah.

4- Memperlihatkan kebesaran Allah swt sebagai pencipta, agar keyakinan terhadap kekuasanan-Nya benar-benar tubuh di dalam jiwa manusia . Sesungguhnya Allah swt yang menciptakan alam yang serba luas dan indah ini, Dalam Israk Miraj Allah swt memperlihatkan kepada Nabi Muhamad saw akan keagungan dan pelbagai keajaiban ciptaan-Nya yang terdapat di alam lain, seperti Sidratul Muntaha,Arasy,Syurga dan lain-lain lagi.

Adalah diharapkan umat islam yang memperingati peristiwa israk dan mikraj saban tahun tidak sekadar terikut-ikut atau cuma memperingati tanggal berlakunya peristiwa tersebut, tetapi kosong tanpa penghayatan. Apa yang penting , berbagai hikmah yang terkandung di dalamnya hendaklah direnung dengan teliti. Agar nanti dapat memberi nilai tambah dalam kehidupan, baik dalam usaha meningkatkan ketakwaan dan prestasi ibadah kepada Allah maupun untuk peningkatan ilmu pengetahuan dalam menghadapi dunia yang semakin mencabar ini .

Sumber :

Buku ” Pengembaraan Rasullulah saw ke Alam Ghaib”