Sayang Anak? Mesti Beri Fish Oil

Assalam.. cerita pasal anak asma atau peparunya berbunyi krik krik..confirm doc akan suruh amik neb untuk mencairkan kahak di paru2 nya. Itulah yg berlaku pada anak saya luqman haqeem bermula sejak umurnya 3 bulan. Amik neb tak jadi kenelah tahan wad. Neb setiap 2-3 jam gitu.. Dlm wad ramai plak kes yg sama mcm luqman. Sejak itu rutin saya adalah ke hospital bila luq demam. Sehinggalah genap setahun saya beranikan diri utk bg luq fish oil shaklee iaitu Omega Guard.

Ehh…mcm mana nak bg anak..mana boleh telan fish oil..tp sebagai ibu kenelah pandai mcm mana cara pun nak bg kat anak tu. Mudah je saya gunting capsul tu..picit minyak ikan dlm mulut anak..seminggu 2-3 biji je..

Haaa bila dah biasa mkn ubat…digigit nye je..dan pantang nampak omega guard tau..guling2 nak jugak..kekadang lebih 3 biji seminggu..

Selain omega bantu dlm masalah asma luq..omega juga ada dha utk perkembangan otak anak. Luq seorg yg cepat belajar..abc, 123,alif ba ta…alhamdulillah skang dah 2 tahun dah boleh semua tu. Happy kan!!

image

Inilah anak bujang saya!! Luqman Haqeem bersana Omega Guard!!

Advertisements

~Rasulullah (SAW) Ajar Anaknya Fatimah (RA) Zikir Elak Penat Badan~

Sharing is Caring

Ibu-ibu, suri rumah dan orang lelaki juga yang ingin menambah tenaga, kekuatan dan elak penat badan elok amalkan Zikir Fatimah nie.

Sebenarnya zikir ini telah diajarkan oleh Malaikat Jibril AS kepada Rasulullah SAW. Ada peristiwa yang telah berlaku yang membuatkan Rasulullah SAW mengajarkan pula zikir ini kepada anaknya Fatimah RA.

Jom kita baca kisahnya.

Suatu hari, Rasulullah SAW masuk ke rumah anaknya.

Didapati puterinya yang berpakaian kasar itu sedang mengisar biji-biji gandum dalam linangan air mata.

Fatimah segera mengesat air matanya tatkala menyedari kehadiran ayahanda kesayangannya itu.

Lalu ditanya oleh baginda, “Wahai buah hatiku, apakah yang engkau tangiskan itu? Semoga Allah menggembirakanmu.”

Dalam nada sayu Fatimah berkata, “Wahai ayahanda, sesungguhnya anakmu ini terlalu penat kerana terpaksa mengisar gandum dan menguruskan segala urusan rumah seorang diri. Wahai ayahanda, kiranya tidak keberatan bolehkah ayahanda meminta suamiku menyediakan seorang pembantu untukku?”

Baginda tersenyum seraya bangun mendapatkan kisaran tepung itu.

Dengan lafaz bismillah, Rasulullah SAW meletakkan segenggam gandum ke dalam kisaran itu.

Dengan izin Allah, maka berpusinglah kisaran itu dengan sendirinya.

Hati Fatimah sangat terhibur dan merasa sangat gembira dengan hadiah istimewa dari ayahandanya itu.

Habis semua gandumnya dikisar dan batu kisar itu tidak akan berhenti selagi tidak ada arahan untuk berhenti, sehinggalah Rasulullah SAW menghentikannya.

Berkata Rasulullah SAW dengan kata-kata yang masyhur, “Wahai Fatimah, Gunung Uhud pernah ditawarkan kepadaku untuk menjadi emas, namun ayahanda memilih kesenangan di akhirat untuk keluarga kita.”

Jelas, Baginda Rasul mahu mendidik puterinya bahawa kesusahan bukanlah penghalang untuk menjadi solehah.

Ayahanda yang penyayang itu terus merenung puterinya dengan pandangan kasih sayang lalu berkata, “Puteriku, mahukah engkau kuajarkan sesuatu yang lebih baik daripada apa yang kau pinta itu?”

“Tentu sekali ya Rasulullah,” jawab Siti Fatimah kegirangan.

Rasulullah SAW bersabda :
“Jibril telah mengajarku beberapa kalimah. Setiap kali selesai sembahyang, hendaklah membaca ‘Subhanallah’ sepuluh kali, ‘Alhamdulillah’ sepuluh kali dan ‘Allahu Akbar’ sepuluh kali.

Kemudian ketika hendak tidur baca ‘Subhanallah’, ‘Alhamdulillah’ dan ‘Allahu Akbar’ ini sebanyak tiga puluh tiga kali.”

Ternyata amalan itu telah memberi kesan kepada Siti Fatimah RA. Semua kerja rumah dapat dilaksanakan dengan mudah dan sempurna meskipun tanpa pembantu rumah.

Itulah hadiah istimewa dari Allah SWT buat hamba-hamba yang hatinya sentiasa mengingati-Nya.

~Pengedar Shaklee Putrajaya~ Pilihan Tun Dr. Mahathir : 5 Rahsia Kekal Sihat

Sejauh manakah kebenaran yang mengatakan mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad, juga mengamalkan MultiVitamin Shaklee sebagai salah satu cara mengekalkan gaya hidup sihat?

Jom kita baca artikel di bawah ini!!

Umum sedia maklum Tun Dr. Mahathir merupakan negarawan yang disegani. Selain memegang jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia selama 22 tahun, beliau juga punya rahsia tersendiri untuk kekal sihat meskipun usianya kini sudah mencecah 85 tahun.

Mungkin sejak akhir-akhir ini kesihatan beliau sedikit terganggu, barangkali berkait rapat juga dengan pembedahan pintasan koronari pertama yang dijalani beliau pada Januari 1989 (Hospital Besar Kuala Lumpur) dan kedua pada September 2007 (Institut Jantung Negara). Namun begitu secara fizikalnya tidak dapat disangkal lagi beliau masih kekal tip-top bergiat aktif dalam menyampaikan pendapat selain berkunjung ke beberapa konvensyen-konvensyen yang dianjurkan. Apa rahsia beliau sebenarnya sehingga tampak begitu?
mahatir mohamad
5 cara mengekalkan kesihatan sehingga ke usia emas cara Tun Dr. Mahathir

1 – Tidak menghisap rokok
Siapa bersetuju rokok itu menyihatkan? Terdapat pendapat mengatakan rokok menyihatkan/menyegarkan tubuh badan jika diambil dalam kadar yang betul. Rokok juga berkait rapat dengan peningkatan kadar metabolisma dan sesuai diambil sebagai pemanas badan jika anda menetap di negara beriklim sejuk.
Namun bagi aku, info ini hanya kelihatan “sahih” dan boleh diterima-pakai jika tembakau yang digunakan datang 100% daripada daun tembakau, dan bukan seperti rokok-rokok komersial yang telah diperkayakan dengan bahan-bahan kimia yang entah dari mana dikutip, juga pengambilannya haruslah bersebab (akal) dan bukannya kerana ketagihan (nafsu).

2 – Tidak minum arak
Selain daripada keburukan yang dimiliki, terdapat juga yang bersetuju arak itu bermanfaat kepada tubuh badan jika diambil dalam kuantiti dan cara yang betul. Kajian terkini menunjukkan wine merah mengandungi phenol yang bertindak sebagai antioksidan untuk kesihatan kardiovaskular. Fakta ini mungkin ada benarnya, namun tidak bermaksud aku menggalakkan anda semua untuk meminum arak, kerana arak itu sudah jelas haram di sisi Islam.

3 – Makan secara bersederhana
Masihkah anda ingat pada pesan Nabi “berhenti makan sebelum kenyang”? Makan secara bersederhana tidak terhad kepada kuantiti makanan yang diambil, tetapi juga kualiti makanan yang masuk kedalam mulut anda.

4 – Makan Multivitamin
Terdapat beberapa sebab mengapa anda harus ambil sebiji pil Multivitamin setiap hari. Salah satu rahsia mengapa Tun Dr. Mahathir berjaya mengekalkan kesihatan hingga ke usianya sekarang ialah beliau mengamalkan pengambilan 1 pil multivitamin jenama “Shaklee” setiap hari.
vitalea
5 – Tidur secara mencukupi
Tidur ini seakan-akan butang reset manusia. Cuma konsepnya tidaklah semudah menekan butang reset sesuatu mesin yang hanya mengambil tempoh beberapa saat, tetapi memakan masa sekitar 7-10 jam sehari (pada waktu malam), bergantung kepada gaya hidup individu tersebut (mereka yang aktif seperti atlit sukan memerlukan tidur yang lebih lama berbanding individu biasa).

“Pendek kata kalau kita amalkan cara hidup yang sihat.. tidak mengguna rokok, terutama rokoklah dan arak, kita boleh sedikit sebanyak (mengurangkan risiko mendapat penyakit kronik), yang lain semua (penyakit) kurniaan Tuhanlah.. kita tak tahu..” – Tun Dr. Mahathir Mohamad

Itu tips daripada Tun Dr. Mahathir yang disiarkan dalam rancangan “Segar” yang diterbitkan oleh TV3 13 tahun yang lalu (1997).

Untuk pertanyaan / konsultansi percuma berkaitan vitamin Shaklee hubungi Murni 012-657 8121 atau 012-429 8121.

~Tips Menyusu Di Bulan Puasa~

Alhamdulillah, harini kita dah masuk 9 hari berpuasa…ibu-ibu menyusu bagaimana production anda? Haa di sini Muni berikan sedikit tips untuk kekal maintain dengan production anda walau bulan puasa. InsyaAllah, apa yang kita usaha dan susu ibu adalah terbaik untuk anak kita…

Pastikan ibu mematuhi jadual mengepam setiap hari seperti biasa untuk memastikan demand yang berterusan kepada breast.

Berikut adalah contoh jadual mengepam di bulan puasa (bagi ibu yang masih buntu atau belum ada jadual mengepam yang konsisten):

Sesi 1 – Selepas sahur atau sebelum Subuh. Pada masa ini, hormon prolaktin tinggi, biasanya kuantiti susu lebih meriah berbanding waktu lain.

Sesi 2 – Pam pada waktu tengahari, jam 12.

Sesi 3 – Pada belah petang sebelum pulang ke rumah.

Sesi 4 – Sebelum tidur (agak-agak jam 11/12 malam)

*Jika ibu rasa terlalu letih untuk mengepam pada siang hari, tambahkan sesi mengepam pada waktu malam. Tapi harus diingat: “KURANG DEMAND, KURANGLAH SUPPLY”! Jadi harus bersemangat walau pun puasa ya!!!
puasa ibu menyusu hamil

~Relaktasi Atau Induce Lactation~

Ada sesetengah ibu terpaksa menghentikan penyusuan susu ibu. Sebab musababnye ibu itu sahaja yang tahu, tapi kita tak boleh salahkan ibu tersebut. Kita hormat pilihan orang lain.

Ok.

Tapi selepas beberapa bulan, ibu tersebut teringin juga nak menyusukan semula anaknya.

Persoalannya, boleh ke?

Jawapannya adalah, semestinya boleh! Tahniah anda telah memilih untuk menyusukan semula anak anda 🙂

Macam mana nak buat?

Ye lah, susu badan mesti akan mula kering bila saat kita putus kan susu.

Semua wanita boleh menghasilkan susu badan.

Semua wanita boleh meneruskan penyusuan susu ibu

Pertama sekali kita kena tahu, setiap perempuan dicipta sempurna dengan hormon oxytocin dan prolaktin. Kedua-dua hormon ini penting untuk mencetus susu.

Dalam dunia penyusuan susu ibu, semua wanita termasuk anak dara yang belum kahwin pun boleh rangsang penghasilan. Wanita berkahwin yang tak pernah mengandung pun boleh menyusukan anak angkat dengan susu ibu yang dihasilkan oleh tubuh sendiri.

Bahkan warga emas yang dah berusia lanjut pun boleh rangsang penghasilan susu, ada cerita seorang nenek menyusukan cucunya sebab kesian dengar cucu menangis tak berhenti.

Soalnya, cekal atau tidak?

Untuk ibu yang pernah menyusukan anak dan berhenti, kemudian membuat keputusan untuk sambung susukan semula anak, berikut saya kongsikan 4 tips buat anda:

4 Tips Relaktasi Penyusuan Susu Ibu

1) Pam susu setiap satu – tiga jam.

Payudara kita memerlukan rangsangan yang kerap bila nak mula hasilkan semula susu. Pam lah sekerap satu atau dua jam secara konsisten.

2) Skin-to-skin contact

Teknik ini memerlukan ibu dan bayi bersentuhan kulit supaya tubuh ibu dapat merasakan kehangatan tubuh bayi dan terus bagi isyarat kepada otak untuk mula hasilkan susu.

Ibu perlu undress, dan bayi hanya perlu pakai diapers je. Kemudian ibu peluk bayi sambil suakan susu pada bayi.

Boleh dilakukan bila baby dah mula mamai nak tido.

3) Kuat semangat

Usaha ni bukan satu malam je dah dapat susu. Ia memerlukan ibu bersikap tabah, cekal hati dan tak mudah berputus asa. Ia pasti akan hasilkan hasil yang manis.

Banyakkan bergaul dengan ibu – ibu yang bersikap positif dan menyokong niat kita

4) Makanan tambahan

Makanan tambahan atau lebih dikenali sebagai supplement bukan lah bertujuan untuk banyakkan susu tanpa usaha. Perkara pertama yang perlu dibuat – perah susu dengan sekerap yang mungkin.

Makanan tambahan membantu ibu kekal bertenaga, bila ibu kekal bertenaga semasa proses relaktasi, ibu tak akan mudah putus asa.

Di samping itu ia membantu merangsang penghasilan susu. Supplement bukan watak utama untuk banyakkan susu, ia hanya membantu.

Moga perkongsian ini bermanfaat untuk semua ibu.

Set Vitamin Ibu Menyusu Shaklee (3M)

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Untuk pertanyaan / konsultansi percuma berkaitan vitamin Shaklee hubungi Murni 012-657 8121 atau 012-429 8121.

~10 Makanan Yang Membakar Lemak~

1. Oat :
Ia bukan sahaja mempunyai rasa yang hebat tetapi juga mengurangkan rasa lapar anda. Oat mengandungi serat yang membantu dan menstabilkan tahap kolesterol .

2. Telur:
Telur adalah sumber yang kaya dengan protein dan rendah kalori. Telur membantu kita untuk membina otot dan membangunkan kolesterol baik .

3. Epal :
Epal diperkaya dengan antioksidan yang kuat dan makanan tambahan lain. Paling penting ia mengandungi pektin yang membantu untuk mengurangkan sel-sel lemak di dalam badan.

4. Green Cili :
cili hijau mengandungi Capsaicin yang membantu untuk membangunkan sel-sel pertumbuhan badan dan membakar kalori dalam masa cepat.

5. Bawang putih:
Bawang putih mengandungi Allicin yang mempunyai ciri-ciri anti -bakteria membantu kita untuk mengurangkan lemak dan membuang kolesterol tidak baik .

6. Madu:
Madu adalah salah satu yang terbaik untuk membakar lemak. Tambah madu dalam air suam dan minum setiap hari pada awal pagi .

7. Teh Hijau:
Teh Hijau adalah salah satu yang paling berkesan yang boleh membantu anda untuk mengurangkan berat badan. Ia mengandungi Antioksidan yang membantu dan menstabilkan berat badan kita .Amik 2 cawan setiap hari teh hijau ini untuk hasil yang lebih baik.

8. Rumput Gandum (WHEAT GRASS) :
Ia meningkatkan metabolisme dan membantu untuk mengurangkan lemak.

9. Tomato :
Tomato membantu kita untuk membakar lemak dalam masa cepat. Ia juga membantu kita untuk menjauhkan diri dari kanser. Jadi Ambil tomato dalam diet anda secara berkala.

10. Coklat Gelap :
Coklat gelap mengandungi Flavonoid, ciri-ciri anti -radang yang membantu untuk
mengurangkan tahap kolesterol dalam darah. Ia merangsang pertumbuhan serotonin
dalam darah dan juga membakar lemak.
10-Makanan-Yang-Membakar-Lemak

-sharing is caring-
Murni