~Bayi 5 Bulan Meninggal Dunia Di Taska Putrajaya~

ptg00932499
Sejukkan hati dengan tgk gambar budak comel ni dulu!! hahaha

Risau memanglah risau..kat putrajaya kan..jom baca!

Kejadian berlaku di Putrajaya. Mangsa yang bernama Mohd Danish Rayqal ditemui meninggal dunia oleh pengasuhnya di sebuah taska.

Pengasuh tersebut mendapati bayi tersebut sudah tidak bernyawa ketika hendak memandikannya pada kira-kira jam 3 petang.

Bapa bayi yang malang itu, Ismail Ramli, 28 berkata beliau bergegas ke Hospital Putrajaya sebaik sahaja dimaklumkan oleh pengasuh.

Apabila sampai ke hospital, bayi Ismail Ramli telah disahkan meninggal dunia. Lalu, beliau membuat laporan polis kerana meragui punca kematian anaknya yang sihat semasa dihantar ke taska pada pagi hari kejadian.

Menurut, Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Abdul Razak Abdul Majid, pihak polis akan menjalankan siasatan.

Semoga keluarga mangsa bersabar dengan apa yang berlaku, kerana setiap kejadian, telah ditetapkan oleh Allah SWT.

Bagi ibu bapa yang menghadapi kematian anaknya yang masih kecil, dia bakal menunggu ibu bapanya di pintu syurga, asalkan ibu bapanya bersabar dan redha.

Mari kita hadiahkan Al-Fatihah kepada bayi Mohd Danish Rayqal.

Mendengar kes sebegini, pasti merisaukan ibu bapa yang terpaksa menghantar anak-anak mereka kepada pengasuh dan pusat asuhan.

Semoga kita semua dilindungi Allah SWT. Ameen…

Berita penuh layari Sinar..

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s