~Passport Malaysia Antarabangsa Baru di Putrajaya (Presint 15)~gambar hitam putih

Saje nak cite pasal macam mana nak buat Passport Malaysia International pertama kali ok….sebabnya Muni first time jugak nak ke oversea..almaklumlah ‘paid vacation’ form gov..hahaha..Actually dah lama dah buat dan dah balik dari oversea pun..baru nak update untuk tatapan yang baru nak buat dan passport baru dari Imegresen Putrajaya (Presint 15)..beza tau dengan imegresen tempat lain.

Jom tengok passport Muni..

Gambar itam putih tau..ala2 zaman muda2 lagi pic Muni tu..pastu ade pic kecik kat bawah tu..

Gambar itam putih tau..ala2 zaman muda2 lagi pic Muni tu..pastu ade pic kecik kat bawah tu..

PERSEDIAAN SEBELUM KE IMEGRESEN
1. GAMBAR BERUKURAN PASSPORT WARNA ITAM PUTIH
Ok..untuk buat passport anda perlukan GAMBAR..dulu2 gambar berwarna, tapi kat Putrajaya skang ni kene gambar berukuran passport (berukuran 3.5 x 5 sm) dan itam putih ye..tak mo warna2..so tak payah make-up2 nak pg amik gambar tau..hihi..tak appear kaler2 kat passport tu punye..
Ade jugak servis amik gambar kat imegresen putrajaya tu..tapi biasalah, ramai..so kalau nak buat persediaan awai2 ni cek habaq mai dulu..

2. DOKUMEN-DOKUMEN YANG DIPERLUKAN
Tentunya Kad Pengenalan,
Salinan Kad Pengenalan,
dan Borang Permohonan..leh download kat laman web imegresen sini..

2. PERGI KE IMEGRESEN YANG TERDEKAT
Ambil Nombor..datanglah seawal 7.30 pagi..sebab memang sentiasa je ramai kat situ..
Waktu Operasi Imegresen Putrajaya (Presint 15) adalah
Isnin – Jumaat buka 7.30pagi hingga 5.30ptg
Sabtu & Ahad buka 8.00pagi hingga 1.00tgh hari

Bila no dah di panggil, submit la borang..pastikan anda tidak disenarai hitamkan oleh imegresen ke luar negara tau..sebab tu sebelum pergi buat lah persiapan dulu dengan check ic di sini..
Dah submit, no yg diduakan dikoyak satu untuk no pembayaran pulak..no yang sama tau digunakan..Ada 2 kaedah bayaran passport
a. RM100.00 untuk 2 Tahun
b. RM300.00 untuk 5 Tahun

Pastu kene tunggu SEJAM kalau diikutkan piagam pelanggannye..tapi jangan harap sangatlah..hihi..time Muni haritu..3 jam puan..hmmm takpelah saya amik esok lah..tapi kene simpan tau no tu..jenuh plak peg kaunter nak cari kalau no hilang..

Itu je kot setakat ini..jadi kalau ape yang diperlukan ada, borang lengkap dan tidak blacklist insyaAllah akan dapat passport tu dan bolehlah jalan2 ke obesea..hihi

Bye, Salam.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s