~Jarak kehamilan dengan Implanon~

Anak pertama 7 tahun, anak ke 2, 3 tahun dan anak ke 3, 1 tahun…fuhh ibu bekerja dengan tekad untuk penyususan susu ibu sehingga 2 tahun menjadikan Muni ingin menumpukan sepenuh perhatian kepada 3 anak setakat ini..jadi langkah yang Muni pilih adalah memasang IMPLANON di lengan Muni.

Ini die gambar kad implan Muni tu..

Dipasang semasa Luqman 3 bulan lebih...

Dipasang semasa Luqman 3 bulan lebih…

Muni pasang di Klinik Maria Putrajaya (dekat Alamanda tu)
Sakit tak??? Sakit lah jugak walau dibius..3 hari dah boleh buang plaster yang dilekatkan tu…Kaedahnye cume insertkan implan tu dibawah kulit..(besar jugak ar jarumnye tu..)
Saiz alat/benda tu? Sama besar dgn sebatang mancis ajer..(lebih kurang 3cm gitu)
Implanon ni tahan for max 3 years, tp kalau Muni nak preggy lagi, remove je la, anytime boleh remove, tp doktor specialist lah kena buat.

Muni pilih implanon sbb cara ni antara yg paling berkesan..secure 99% (doc Maria cakap)
Ade juga cara2 yg lain tu..contohnye suntikan every 3 months, tak convenient –kena ulang2 alik cucuk, dan takut badan naik(ikut pengalaman kengkawan)
Mr K*****m, tak selesa kot..
Selalu nak kene kira2 waktu subur, dtg period itu ini..
Muni tak suka mkn pills..
IUCD sbb Muni tak suka nak kena msauk alat dari bawah..and ramai plak kes2 yg Muni jumpa ter preggy even pakai IUCD pun, so tahap keberkesanan kurang meyakinkan..

just sharing–kalau ada rezeki, nak sorang lg baby sblm umur 35 tahun 😉 tgk keadaan dulu lah..

Yang ni murni copy paste je..

Kaedah implan, tak seperti kaedah pil perancang, tidak memerlukan peringatan ini. Setelah dipasang, anda tidak perlu risau mengenai kehamilan memandangkan keberkesanannya adalah yang paling tinggi berbanding kaedah lain iaitu menghampiri 100 peratus.

Untuk makluman, tiada satu pun kaedah yang dilabelkan sebagai 100 peratus berkesan.

Setiap jenis kaedah yang dikategorikan sebagai sangat berkesan (implan, suntikan depo, pil, alat dalam rahim dan seumpamanya) mempunyai kesan sampingan tersendiri.

Bagi kaedah implan, masalah yang boleh dialami adalah haid yang menjadi sangat sedikit (oligomenorea) atau tiada haid langsung (amenorea). Memandangkan kaedah ini paling berkesan, kemungkinan ketiadaan haid itu disebabkan oleh kehamilan secara amnya boleh dikatakan sangat tipis.

Ada wanita yang dapat menerima ketiadaan haid ini malah menyukainya kerana mereka bebas untuk menjalankan ibadat keagamaan dan tiada halangan hubungan seks.

Ada wanita pula yang tidak menyukainya kerana berasakan seperti ‘bukan wanita’ lagi. Usah bimbang, ia bukan disebabkan oleh haid anda tertahan di dalam, tetapi sebenarnya disebabkan lapisan baru haid anda kini semakin nipis akibat kesan hormon implan terbabit.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s