Jangan Panik Bila Anak Jatuh Katil!!!

Muni syok tengok Bintang Mencari Bintang TV3. Nampak hubby keluar dari bilik lepas bermain dengan anak-anak atas katil. Seminit kemudian kakak-kakak pun keluar jugak. 30 saat kemudian bunyi Dummmm! diiringi dengan Huwaaaa!… Confirm Luqman jatuh katil lagi..Entah ke berapa kalinye dah luqman jatuh, muni rasa dah 10 kali kot.

Apa lagi terus berlari dapatkan Luqman dalam bilik. Kali ni nampak muka dan bibirnye pucat semacam. En suami dah panik dah..’Ish budak ni nakal sungguh!’ katanya.

Perkara pertama yang Muni buat adalah RELAX…COOL…pegi dapur bagi Luqman minum AIR masak dulu.

Perkara kedua tgk dahinye lah.

Ketiga bagi minum susu..tetibe Luman MUNTAH..aduh hati muni dah risau. harap tak jadi ape2 pleaseeee.

Pastu bagi minum susu semula. Alhamdulillah tak muntah dah dan die terus tertido.

Tips yang perlu dilakukan jika bayi jatuh?
1. Pujuk anak anda. Bertenang dan tidak panik. Adalah lebih mudah untuk menilai tahap kecederaan anak apabila anda dan anak berada dalam keadaan tenang.

426913_306874329375431_112863158776550_909084_630890229_n
2. Jangan telefon kecemasan atau berkejar ke hospital. Belum lagi!

3. Periksa kepala, otot dan badan anak untuk sebarang luka, lebam, bengkak, calar atau sebarang perubahan yang tidak normal. Buka seluruh baju anak untuk memudahkan anda memeriksanya. Jika anda tidak menemui sebarang luka, lebam atau bengkak pada kepala dan badan anak, kemungkinan besar tidak ada apa yang perlu anda risaukan.

4. Jika anda mengesan luka, lebam atau perubahan yang tidak normal, atau anak anda kelihatan lemah untuk jangka masa yang lama segeralah ke hospital berdekatan.

5. Periksa juga kecederaan kepala..

Tanda-tanda anak mengalami kecederaan kepala sewaktu jatuh?
1. Pengsan atau pitam.. Walaupun 1 minit…

2. Muntah..

3. Keadaan mental yang tidak normal..

4. Tidak stabil apabila berjalan..

5. Menangis berpanjangan..

6. Anak mengadu sakit kepala..

7. Tanda-tanda pada mata seperti juling, anak mata tidak sama saiz, kelakuan seperti melanggar sesuatu atau trip apabila berjalan/ berlari..

8. Untuk anak yang lebih besar, mereka mungkin komplen penglihatan kabur atau double..

Semoga post ini dapat membantu anda menangani masalah bayi/anak kita bila jatuh katil dan lepas ini anda akan lebih tahu apa nak buat..Dan yang lebih penting, kita sebagai ibu dan bapa haruslah memastikan keselamatan persekitaran anak2 itu terjamin. Daaaaaa….

Rujukan:

Head Injuries
Falls, Rolls and Bumps

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s